Setelah beberapa bulan kerja, aku telah ditugaskan untuk melancong ke luar negara. Alhamdulillah sebab diberikan peuang yang sangat bernilai ni. Aku ditugaskan pergi ke Ho Chi Minh City Vietnam selama 4D3N. Seriously, ini adalah kali pertama aku ke luar negara. Aku sangat kekok, nervous dan takut. Kalau bergabung, mungkin meletup. Kebetulan trip kali ni terdiri dari 1 keluarga Datuk. Ya Allah. Dengan tiada pengalaman , aku gagah mengahadap. hehe.
Perkenalkan mereka. Mereka adalah pengalaman bagi aku. Kebetulan tarikh yang kami pergi ni adalah Tahun Baru Cina. Di Vietnam, mereka lebih meriah meraikan Tahun Baru Cina .Guess what? Kedai banyak sangat tutup. Boleh kira berapa je kedai yang buka. Sangat tekanan time ni :(
Itu adalah Ben Thanh. Memenadangkan kedai banyak tutup, kami tiada aktiviti untuk dibuat pada hari pertama. Jadi kami memilih untuk menyaksikan persembahan "WATER PUPPET'. Water puppet adalah persembahan yang famous di Vietnam. Kiranya kalau dah sampai sana, jangan lepas kan peluang untuk menyaksikan show ni. Dan persembahan nya menggunakan anak patung dan digerakkan di atas air. Kalau di Malaysia terkenal dengan "WAYANG KULIT'. Di sana terkenal dengan persembahan ni. Bayaran masuk nya adalah USD10 seorang.
Hari kedua kami pergi ke Sungai Mekong untuk melawat kebun buah dan tempat penghasilan madu asli. Untuk kesana perlu menaiki boat yang mengambil masa lebih kurang 20minit.
Malam tu, kitorang makan di Halal Saigon. Restaurant ni salah satu restaurant yang femes dan menyediakan makanan Halal yang sedap. Just imagined spring roll dia sedap sangat sampai ada yang tapau sebelum pergi airport masa last day. thehehe.
Oh ya. Masa ni Puan Rohana Isa- Kaunselor masa sekolah Teknik pon ada. masa ni aku sangat tak perform. Jadi malu dengan dia :(
3 comments:
seronok la beb.kau jadi apa ni???cmne leh jmpa counselor tu?
Fuyyooo jalanjalan best nye !
Kite bile nak pegi Singapore nie ??
Hahahah !
saya ada byk jelez!
Post a Comment