Pages

Friday, August 10, 2012

Resepi : Kurma Coklat

Salam. Malam-malam ni datang rajin nak share beberapa resepi masakan. Kali ni nak share resepi nak buat kurma coklat.

Bila dah hujung-hujung puasa ni, ada banyak lagi kurma yang tak habes. Dan lagi satu kalau ada kurma yang keras atau kering tu, boleh lah korang cuba buat macam step di bawah ni.

1. Pilih coklat yang sesuai untuk salut kurma . Aku pilih brand Tulip
2. Kurma kering paling elok di gunakan supaya tak rasa terlalu lembut bila makan
3. Kacang badam yang telah di goreng sehingga garing.
4. Belah kurma untuk buang kan biji nya. dan gantikan dengan biji badam. 
4. Kurma coklat yang siap di salut. 

Selamat mencuba. 

*Jangan lupa tinggalkan komen bila dah berjaya buat ya :)

No comments: