Salam All,
seperti yang dimaklumkan di previous entry, hari ni jari jemari runcing iols terasa rajin nak menceritakan sambungan perjalanan tahun lepas di bumi india.
So selepas 2 malam kitorang bermalam di kashmir, kite pulang semula ke new delhi dengan menaiki domestik flight INDIGO . Di sebabkan Pakistan dan India ada masalah dalaman/politik diorang , rules dan sistem kawalan dekat imigresen sangat ketat. Bayangkan setiap bag even sling bag/hand bag kena ada luggage tag menandakan bag itu telah di scan dan di sahkan tiada barang bahaya. Kalau tak, memang korang semua kena keluar balik dan lalui pemeriksaan imigresen dari mula. memang leceh yang amat.
So sampainya di Delhi dah petang dan kitorang teruskan perjalanan ke Jaipur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan setiap kali sampai hotel dah jam 12 malam waktu sana, Malaysia around 2-3 pagi. Disebabkan setiap malam bertukar hotel, nak un-pack lepas tu re-packing. agak letih jugak. Nak membezakan orang Jaipur ni, diorang ni cam baik-baik je dengan penuh tradisi. contoh cam pak cik ni, comel je dengan misai dia tu kan. baik je :D
Then, dekat Jaipur, kitorang pergi ke Amber Fort. Di sini tempat lakonan Hum Sath Sath Hain. Aku jenis yang agak teruja sikit lagi-lagi aku peminat filem hindustan, so memang feeling2 bollywood sikit tinggal tak ada saree je . hehe
Then , kitorang melawat Janther Panther iaitu tempat pameran jam-jam yang digunakan pada zaman dahulu seperti jam yang menggunakan matahari , zodiak dan sebagainya.
Kemudian, perjalanan di teruskan lagi ke Agra. Ini lah tempat yang sangat dinanti sebab nak tengok Taj Mahal . Rupanya Taj Mahal ni adalah sebuah makam yang dibina oleh Shah Jahan untuk Mumtaz.So dalam Taj mahal tu hanya ada 2 buah makam iaitu makam Shah Jahan dan Mumtaz. Tak sangka akhirnya aku sampai juga di salah satu 7 keajaiban dunia ni.
Then, kitorang melawat Agra Fort, tempat di mana Shah Jahan dikurung oleh anaknya sendiri. Dari Agra Fort ni boleh nampak Taj Mahal dan Shah Jahan menghabiskan hidupnya melihat makam isterinya dari jauh. Yang cantiknya, Taj Mahal akan berubah warna keperang-perangan bila masuk waktu senja. Subhanallah kan ?
Then, untuk malam terakhir tu kita balik semula ke Delhi untuk tunggu penerbangan pada esoknya. So last day hanya pergi India Gate dan banyak kan masa untuk shopping di kedai saree dan souvenir .
Itu sahaja perjalanan ku di bumi India. Insyaallah, kalau ada rezeki teringin nak pergi lagi sekali :)
1 comment:
Salam sy n keluarga nk Ikut cara kamu KE Kashmir n Delhi , so Harappa boleh share kan pengalaman nada KE sana.. Kalau x menjadi keberatan maliasak@yahoo.com
Post a Comment