Hi,
Entry berturut-turut nampaknya? Well, sekarang ni x ramai sangat orang plan nak bercuti. So kurang lah sikit busy dekat office. Berturut-turut ya i share my trip :p
Ok here we go! Beberapa bulan yang lepas (see sangat basi cerita ceritnya -,-" ) ..... aku mengetuai rombongan corporate ke Guangzhou Shenzhen selama 4 hari 3 malam. Guangzhou sangat terkenal dengan barangan borong. Memang murah dia x boleh nak cakap. Kasut dalam lapan belas ringgit tu bersepah cantik-cantik. Wedges dia pon sama. Tapi just hati-hati je kalau shopping especially hand bag dan kasut or barangan kulit/PVC sebab diorang suka buat dari kulit babi. contoh, i pon ada terbeli satu. sangat menyampah!
Normally, my group nak trip yang murah je. So dengan menaiki Air Asia, bermula lah perjalanan kami seawal 5 pagi . Satu je yang aku lemah kerja ni, kena bangun seaawal 2 pagi nak siap-siap ke airport untuk pastikan ada kat airport 3 jam awal sebelum penerbangan. Kalau lead group, memang kena ada sana 3 jam awal untuk check in luggage dan make sure semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada yang tertinggal flight.
Kasut-kasut macam ni sangat femes dekat sana. Memang suka trend tapak tebal-tebal .
Waktu malam tu walaupun penat, still tak lepaskan peluang naik Cruise untuk lihat menara yang cantik ni .
TIPS!
Kalau korang pergi sana, jangan lepaskan peluang pergi Baiyun ni. Dekat sini hanya menjual barang-barangan kulit dan branded grade Triple A . Contoh kalau bag prada tu boleh dapat dalam DUA RATUS tapi kualiti tip top. My customer yang pernah pergi, siap boleh comparekan bag LV dia yang beribu tu dengan kuliti dalam shopping mall ni. Sama sebiji uols!
Wallet-wallet camni dalam RM25-30 je per pieces x silap. memang murah dengan manik-manik brooch brooch tu.
Souvenir atau cute item memang sagat murah. tapi kena beli lebih dari 2 pieces atau bergantung pada minimum quantity untuk dapatkan harga borong.
Makanan di Guangzhou lagi sedap jika nak compare dengan Beijing. Boleh lah untuk tekak melayu macam kita ni. By the way, sapa yang duduk area Shah Alam, dekat restoran Al-Rafi lama ada chinese food (Dried chillis chicken) dia memang best. Try rasa!
Then, kitorang kan pergi Shenzhen sekali. Dekat sana paling best is Windows of the world dia. Ada macam-macam replika dari seluruh dunia. Macam dekat bawah ni ala-ala netherland and kremlin moscow. So memang tak rugi pergi shenzhen sekali sebab dapat shopping pon murah dan taman yang cantik ni.
So kalau ada rasa nak shopping murah-murah lepas tu nak travel budget pon dalam 2ribu je gitu, boleh pergi Guangzhou Shenzhen. Lagi ramai , lagi murah uols :)
No comments:
Post a Comment