Pages

Friday, August 10, 2012

Resepi : Mee Kari

Bila bulan puasa ni, nafsu makan memang tak boleh tahan. Semalam teringin nak makan mee kari. So balik kerja, terus pergi pasar beli barang-barang nak buat mee kari. Jom cuba masak seperti resepi di bawah :

Hidangan untuk 6 orang

Bahan-bahan untuk kuah:
(A)
1 labu bawang besar-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar 
segenggam ikan bilis atau satu tin ikan sardin-dikisar
4 sudu besarserbuk kari daging-di bancuh dengan air sedikit
4-5 tangkai daun kari
Remoah tumis seperti bunga lawang, kulit kayu manis dan etc secukupnya

(B)
1 Jug air/1.5 Litre + 1 kotak santan (200ml)
2 ketul ayam bahagian dada- potong kecil-kecil mengikut kesesuain
isi kerang secukupnya - lebih banyak lebih sedap
2-3 keping asam keping - jangan rendam terlalu lama dalam kuah untuk kurangkan masam
garam secukupnya

Untuk lagi sedap boleh tambah fishball, fishcake dan lain-lain dalam kuah kari tu

(C)

Cara-cara memasak:
 Tumiskan bahan-bahan A sehingga naik bau.Masukkan kari dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan santan dan air sehingga mendidih.
Masukkan ayam - masak sehingga empuk. 
Jika perlu tambahkan santan. Masukkan asam keping dan masak sehingga mendidih. 
Akhir sekali masukkan kerang, fishball, fishcake dan sebagainya

Hiasan tambahan:
 tahu goreng, daun bawang, cili potong,limau kasturi, telur rebus.


Selamat mencuba :)

No comments: