Pages

Wednesday, March 12, 2014

Budget Trip to Perth , Australia

Hi reader! Entry kali ni nak cite sikit pasal PLAN vacation kite ke Perth Australia. Meh baca cite yang menyayat hati T_T

Pada asalnya , kawan kite dapat tawaran untuk amek course safety dekat sana. So bila dah tahu dia pergi sana, so kite pon teruja la konon tempat tinggal dia kita boleh tumpang. So sekarang cerita yang  tak sedap nya , government tak jadi anta dia weh. Sedih! So bayangkan kite dah beli tiket tapi tak ada sesiapa kat sana? Haaa , dasyat tak? Nasib lah book tiket masa tu dengan kawan kite lagi sorang. So tak berapa nak nyanyat lah kan. Hihi.

Well, kitorang dapat tiket murah je. RM650 pergi balik. Kitorang naik dari Changi Airport sebab kitorang duduk dekat Johor. Murah wehh! Sangat! Kitorang naik Scoot Airlines . Scoot ni kira macam Air Asia la. Bag ke makan ke tambah lain harga. So kite decide tak amek ape-ape. Ala-ala backpackers sebab nak jimat cost.

Last minit plan, Kyo pon nak join sekali. Dia kena bayar tiket dia mahal sikit RM984 sebab last minit kan. Kyo naik Air Asia dari LCCT .

Since budget tak gagah , kitorang duduk dekat Wombat Backpackers Hostel je. Dah habes search dah yang murah dan yang ok. Tak tahu location dia senang nak access mana-mana or tak but kalau tengok dalam map senang jugak nak naik bus. Untuk 4 malam , kitorang dapat RM340 seorang. Hostel ni dia akan duduk bercampur dengan tourist lain. So kitorang book bilik yang share 4 orang since kami dari Malaysia pon 3 orang. Toilet dia bukan dalam bilik so share dengan orang lain. Untuk betul-betul budget traveller mungkin boleh cuba and experience :)


So total cost sebelum pergi RM340 + RM650 = RM990 . Tak sampai seribu lagi kira ok lah ek? hihi . Duit belanja tu ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa nak belanja lebih bawak la lebih. Trip yang ni pon kitorang just explore area city je sebab kalau nak keluar area , agak tinggi cost nya.

Kitorang akan pergi pada 10-14 April 2014 . So apa yang jadi atau ada dekat sana akan di update selepas pulang ya.

3 comments:

Anonymous said...

update tau pic2 kt sane..tringin nk tgk

Anonymous said...

nk info psl trip u ke perth...plzzz

Anonymous said...

how's the dorm?ok x?n price?