Pages

Saturday, February 23, 2013

INDIA KASHMIR

Assalamualaikum.

Aku rasa memang semua dah tahu apa pekerjaan aku. Aku bekerja di satu syarikat agensi perlancongan. So, kami memang akan buat trip melancong ke mana-mana sahaja.

Dan di pendekkan cerita, tahun lepas aku di beri peluang pergi ke India. Firstly, India sebenarnya memang sangat best! even orang cakap India kotor  itu ini, tapi aku rasakan India sungguh hebat dan indah dengan bangunan bangunan sejarah nya yang Gah sehingga kini macam Taj Mahal, Agra Fort, Amber Fort dan lain-lain.

So di entry ni, aku nak share perjalanana aku di bumi India.  Aku pergi pada bulan December last year dan waktu tersebut adalah Winter season. Aku di sana selama 6 Malam. Boleh dikatakan hari-hari aku makan capati sebab capti dia sedap dan lembut. Kari dia plak, original turun temurun wa bilang! hahah.

So aku rasa cerita banyak pon x guna. Let me story with picture :)


Here is on board look like by Malaysia Airlines

Flight kitorang landed dekat Agra. So sampai je kitorang terus check in hotel and rest . 

Esoknya (Hari ke-2) , kitorang bertolak ke Srinagar. Srinagara is nama bandar Kasmir. Kitorang tido dekat Houseboat atas Tasik. Memang sejuk sebab suhu malam adalah 0celcius. Houseboat ni pakai kayu2 je so memang meresap sampai ke tulang dia punya sejuk. So dalam setiap houseboat akan ada heater untuk panaskan badan. Time time sejuk macam ni, memang rasa ada dekat Malaysia lagi baik.


Lunch dinner semua dekat dalam ni. Then tengah hari tu kitorang pergi ke Taman Bunga. Tapi since Winter, bunga semua habis luruh. So yang nampak hanyalah pokok-pokok yang macam nak mati je tanpa daun dan bunga. 


 Banjaran Himalaya

 Pakaian Traditional Kashmir

Lepas buat tour ni , kitorang ada melawat kedai-kedai untuk shopping kain dan carpet. Then balik ke houseboat untuk rehat. Bila time musim sejuk ni,memang lemau punya nak jalan. Rasa duduk dalam rumah sambil panas-panaskan badan lagi best lagi syiok!!

Seperti hari yang dinanti, hari ke-3 kami pergi melawat ke Gunung Gulmarg. Gunung ni lah yang dk Hindustan buat shooting Filem. Subhanaallah memang cantik dan indah ciptaan tuhan. Cuma nampak pemandangan putih terbentang luas depan mata. 

 

So since sekarang waktu kerja dah habis, aku kena balik uma dulu na. Nak tahu apa lagi yang ada di India? Will update you in next entry :)



1 comment:

hanilas hellas said...

bestnye dapat men salji...
mahai x pakej nyer...
bestnye kijer sambil melancong...♥