Pages

Wednesday, July 11, 2012

BUDGET TRIP : 3D2N MABUL ISLAND

Kali ni aku nak share percutian budget aku ke Pulau Mabul selama 3D2N dengan zaty Mungkin tak ramai yang tahu tentang Pulau Mabul ni. Pulau ni terletak di Semporna. Kitorang dah plan percutian ni since Dec 2011 lagi. Ini harga tiket untuk rujukan u'olls. Cerita lanjut...

Hari Pertama (1 JULY 2012)
Malam sebelum bertolak ke airport, aku tidur dekat rumah zaty. Dan kami bertolak ke airport seawal jam 4pagi. Nasib papa zaty baik. so dia yang cover tambang taxi dari Kajang ke LCCT. hehe. So kitorang sampai dekat airport just nice. Sampai je terus breakfast, solat dan terus masuk flight since kitorang dah buat web check in awal2. Perjalanan mengambil masa 2jam 50 minit.  

Sampai je dekat airport, ada orang yang dah tunggu kitorang untuk dihantar ke Semporna. From Tawau Airport to Semporna, lebih kurang 1 jam. Taxi Fee RM110 seorang untuk 2 way . Sampai dekat Semporna, jam dah pukul 11pagi. Ingat kan sampai2 je terus ada boat untuk ke Mabul. Malangnya kitorang terpaksa tunggu sampai jam 4 petang. SEDIH & PENAT T_T . Boat Fee RM70 seorang untuk 2 way. Sementara menunggu, aku dan zaty pergi makan tengah hari dan jalan2 sekitar Semporna. Bandar Semporna kecik je dan tak banyak kedai yang menarik untuk singgah. So kitorang just lepak2 dekat Floating/ Boat Jetty. 


Di pendekkan cerita, boat pon sampai  dan kitorang terus ke Mabul yang mengambil masa selama 1 jam. 
Kitorang stay dekat homestay Uncle Chang. Untuk 2 malam, seorang kena bayar RM180 termasuk 3 kali makan sehari. 


Kitorang duduk ni dekat floating homestay. so sangat cool view from depan bilik.



Lepas bersihkan diri , kitorang terus bersiap pergi dinner. Dalam pukul 10-11 malam macam tu penyu akan bersiar2 dekat homestay kitorang. Even dapat tengok sekejap je malam tu, tapi memang sangat best :D

Hari Kedua (2 JULY 2012)

Hari ni kitorang pergi snorkeling dekat 2 tempat. 1 dekat Kapalai Island (RM70 seorang termasuk snorkeling gear) dan satu lagi dekat Mabul Isalnd tu sendiri. aku nampak macam2 ikn yang aku tak pernah nampak.coral pon macam bawah perut aku je. jeles sangat tengok zaty pandai berenang tanpa life jacket. 


Second trip je aku dah tak larat sebab mabuk laut. serius air laut dia gelombang kuat. so aku just join boat trip tu cuma tak turun. sorry babe :(

petang tu kitorang santai2 dekat kampung sebelah sambil cari souvenir untuk familia :)


Hari Ketiga (3 JULY 2012)

Hari ni kitorang tak ada aktiviti. so kitorang pergi lagi sekali dekat kampung sebelah sambil minum2 coffee. eh? 



cukup di sini sahaja. kbai!

Guys, you may refer this link as well : http://iffanursimaali.blogspot.com/2014/03/pakej-murah-pulau-mabul.html  (How to go Pulau Mabul?)




5 comments:

Anonymous said...

Hai Iffa, saya ain dari Selangor. Saya berminat bila baca blog iffa tntg trip ke pulau mabul ini. Saya dan kawan2 merncg nk pergi sana bln 3 thn dpn. Iffa ada details contact person untuk chalet kat sana x? Boleh tak emailkan kat saya, ain_saturn@yahoo.com.
Terima Kasih ya.. :)

Anonymous said...

haii iffa boleh bagi contact person di mabul saya pegi dalam minggu depan di sana.email saya afzam99@gmail.com

Unknown said...

emailkan info seperti diminta oleh saudara, saudari di atas kt email saya. muhammad.khairulamini@gmail.com. tq

Unknown said...

Hi iffa..saya iju..boleh tak saya dptkan contact untuk homestay and transport dr airport tawau ke semporna..hope saudari dapat reply ke email saya.. ijuizzuddin@gmail.com..terima kasij

iffanursima said...
This comment has been removed by the author.