Pages

Wednesday, August 10, 2016

9 years of friendship and still counting…


How time flies so fast ?? Tak sedar masa berlalu dan I’m 26 this years. Oh my!!

Dah setahun lebih tak tulis blog. Banyak sangat yang berlaku dalam hidup kita. Ups and downs!
Luckily , I still keep in touch with my girlfriends. Ya! 9 years of friendship and still counting.
Raya just end last week and we decided to have makan2 dekat rumah mummy mijah. Well! Mummy mijah mask Mee Bandung Muar sebab that’s her specialty!!

Time is running ,,, and my girlfriends are going to end her single life. Myra , Select and Zaty.  (Myra and select was not here)
Psssttt..I’m going to have my first baby and mijah will have her second child. Our due date selang 2 minggu je.
Tak sangka kan, dari sekolah dan akhirnya sampai sekarang we still contact each other.


I’m so blessed and grateful

Wednesday, September 3, 2014

Teaser Perth

Hi semua ♥ 
Maaf sangat untuk pertanyaan korang yang tak dapat di jawab especially trip ke Perth. 
Well, sekarang ni I busy sikit uruskan few things. Baru setup my online business (IG: Hijabster_Closet ) and settlekan Bazaar raya masa Ramadhan hari tu. Now baru lepas settlekan pindah rumah and wedding preparation. In shaa Allah :)

I promise I will share that moment & some travel tips/guide untuk korang yang memang plan ke sana. Plus on June hari tu pon, I ada pergi Krabi tapi still x dapat nak update . LOL . So, untuk keep live update my journey especially bila I travel, boleh follow my 

Personal Instagram : EYFAAA  

Below i bagi teaser sikit pic di Perth . 









Wednesday, March 12, 2014

Budget Trip to Perth , Australia

Hi reader! Entry kali ni nak cite sikit pasal PLAN vacation kite ke Perth Australia. Meh baca cite yang menyayat hati T_T

Pada asalnya , kawan kite dapat tawaran untuk amek course safety dekat sana. So bila dah tahu dia pergi sana, so kite pon teruja la konon tempat tinggal dia kita boleh tumpang. So sekarang cerita yang  tak sedap nya , government tak jadi anta dia weh. Sedih! So bayangkan kite dah beli tiket tapi tak ada sesiapa kat sana? Haaa , dasyat tak? Nasib lah book tiket masa tu dengan kawan kite lagi sorang. So tak berapa nak nyanyat lah kan. Hihi.

Well, kitorang dapat tiket murah je. RM650 pergi balik. Kitorang naik dari Changi Airport sebab kitorang duduk dekat Johor. Murah wehh! Sangat! Kitorang naik Scoot Airlines . Scoot ni kira macam Air Asia la. Bag ke makan ke tambah lain harga. So kite decide tak amek ape-ape. Ala-ala backpackers sebab nak jimat cost.

Last minit plan, Kyo pon nak join sekali. Dia kena bayar tiket dia mahal sikit RM984 sebab last minit kan. Kyo naik Air Asia dari LCCT .

Since budget tak gagah , kitorang duduk dekat Wombat Backpackers Hostel je. Dah habes search dah yang murah dan yang ok. Tak tahu location dia senang nak access mana-mana or tak but kalau tengok dalam map senang jugak nak naik bus. Untuk 4 malam , kitorang dapat RM340 seorang. Hostel ni dia akan duduk bercampur dengan tourist lain. So kitorang book bilik yang share 4 orang since kami dari Malaysia pon 3 orang. Toilet dia bukan dalam bilik so share dengan orang lain. Untuk betul-betul budget traveller mungkin boleh cuba and experience :)


So total cost sebelum pergi RM340 + RM650 = RM990 . Tak sampai seribu lagi kira ok lah ek? hihi . Duit belanja tu ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa nak belanja lebih bawak la lebih. Trip yang ni pon kitorang just explore area city je sebab kalau nak keluar area , agak tinggi cost nya.

Kitorang akan pergi pada 10-14 April 2014 . So apa yang jadi atau ada dekat sana akan di update selepas pulang ya.

Tuesday, March 11, 2014

Tunjuk Laut Beach Resort

Selepas beberapa kali set tempat untuk holiday / reunion, akhirnya kami memilih Tunjuk Laut Beach Resort. Resort terletak berdekatan Tanjung Leman di Johor Bahru. Since birthday Amri jatuh pada 11 March dan percutian kami pada 8-9 March , Deqla plan to do birthday surprise for him as well.

Kami bertolak pada Sabtu petang. So basically, bila sampai tak ada ape sangat aktiviti . Petang tu kita main layang-layang before tunggu malam nak BBQ . I will remember every single moment within that 2 days. Sooo enjoy and memorable getaway :')

Kami book 2 bilik. Dan chalet memang provide rumah berkembar so kitorang dapat bilik 1 bumbung. Katil best sebab ada 1 katil single dan 1 katil queen. So muat la 1 bilik tu untuk 3-4 orang.

The room.

Playing kites.



 Well, kami overnight sampai pukul 2 pagi. Throwback school moment dan main game. Sapa kalah minum air Pepsi. Wan paling banyak kena minum. Wan the loser. Haha. 


 Breakfast time. 

Sebelum pulang ke tempat asal. Amri still macam tu jugak. Macam umur 12 tahun -,-


Tak perasan time kami pergi Malaysia Dunia tengah digemparkan oleh kehilangan MH370 . Sebab kami memang tak tengok tv. Just enjoy the moment. Apa pon kita berdoa supaya semua dipermudahkan.



Thursday, March 6, 2014

How to go Pulau Mabul ?

Hi! Memandangkan ramai pulak yang whatsapp kita tanya tentang Pulau Mabul ni, meh kita bagi tips sikit. Since kite pergi pon dah 2 tahun lepas so macam ingat-ingat lupa. Apa pon boleh refer juga pada entry ni . Sorry kadang-kadang tak boleh entertain whatsapp time kerja.

So secara ringkasnya, yang tempat aku stay tu nama dia Uncle Chang's Homestay . Boleh tengok website dia dekat http://www.ucsipadan.com/ .

Dekat website ni dia dah bagi terang-terang dah harga. Tapi harga yang dia bagi tu per person per night. Means dalam pakej per person per night tu, termasuk 1 malam penginapan, sarapan pagi , lunch dan dinner. Tapi meal dia memang basic sebab dia bercampur dengan Foreigner and makanan yang dia provide memang tak pedas. Ala-ala rasa spagheti baru lepas celur.

Then, pergi Mabul ni memang mahal. Untuk 3Hari 2 Malam dalam RM700-RM1000 . Ini pon based on kita stay homestay tau and lepas dah campur-campur flight, airport transfer ke Jetty , homestay , ferry transfer & snorkeling di Pulau Kapalai. Apa pon bergantung pada harga flight.

Kalau korang pergi sekadar nak snorkeling, boleh refer pada harga non-diver. Eh macam diver lagi murah pulak? Diver tu untuk yang pergi sana nak pergi diving. So mungkin pakej diving tu dia akan kira lain la. Tak sure.

Then basically perjalanan trip korang akan jadi :

*Naik flight ke Tawau.
*Sampai di airport , akan ada orang pick up dan bawa ke Semporna. Perjalanan lebih kurang  45minit ke 1 jam. Boat ke Pulau Mabul dari Semporna ada 2 trip je sehari. Pukul 7.30pagi dengan 4.30petang. So kalau korang sampai lambat kena stay 1 malam dekat Semporna. Ada satu nama chalet tu Dragon Inn x silap. Please google k :)
* Naik speed boat dari Semporna ke Pulau Mabul lebih kurang 45minit jugak. So better makan ubat mabuk laut dulu, Kang buat spoil je holiday korang .
* Then sampai-sampai boleh check in , boleh join lah nak snorkeling ke apa. Please refer dengan boat man sebab lupa apa aktiviti hari 1st. Hari kedua baru pergi snorkeling dekat Kapalai.  Yang ni bayar. Free snorkeling dekat Pulau Mabul je.Korang boleh join abang-abang diver tu pergi jalan-jalan dekat kampung belakang jugak.
*Check out awal tau pukul 8pagi or 10pagi .Then boat pon dalam pukul 11 pagi.  So make sure flight korang tu tak yah lah malam sangat kang lama pulak nak tunggu dekat airport. Yang ini memang kena refer balik dengan orang pulau boat keluar pukul berapa k.

Rasanya cukup lah sampai di sini entry kali ini. Hope membantu dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan cadangan. Kalau ada soalan, mungkin boleh direct email di iffa@bttuneholidays.com .
Plus kita kerja dekat travel agent, boleh direct booking dengan kita jugak *Promote jap :D

Sorry kalau tak berapa friendly. hihi.

Selamat bercuti uols!

Photo taken in Langkawi