Pages

Thursday, March 6, 2014

How to go Pulau Mabul ?

Hi! Memandangkan ramai pulak yang whatsapp kita tanya tentang Pulau Mabul ni, meh kita bagi tips sikit. Since kite pergi pon dah 2 tahun lepas so macam ingat-ingat lupa. Apa pon boleh refer juga pada entry ni . Sorry kadang-kadang tak boleh entertain whatsapp time kerja.

So secara ringkasnya, yang tempat aku stay tu nama dia Uncle Chang's Homestay . Boleh tengok website dia dekat http://www.ucsipadan.com/ .

Dekat website ni dia dah bagi terang-terang dah harga. Tapi harga yang dia bagi tu per person per night. Means dalam pakej per person per night tu, termasuk 1 malam penginapan, sarapan pagi , lunch dan dinner. Tapi meal dia memang basic sebab dia bercampur dengan Foreigner and makanan yang dia provide memang tak pedas. Ala-ala rasa spagheti baru lepas celur.

Then, pergi Mabul ni memang mahal. Untuk 3Hari 2 Malam dalam RM700-RM1000 . Ini pon based on kita stay homestay tau and lepas dah campur-campur flight, airport transfer ke Jetty , homestay , ferry transfer & snorkeling di Pulau Kapalai. Apa pon bergantung pada harga flight.

Kalau korang pergi sekadar nak snorkeling, boleh refer pada harga non-diver. Eh macam diver lagi murah pulak? Diver tu untuk yang pergi sana nak pergi diving. So mungkin pakej diving tu dia akan kira lain la. Tak sure.

Then basically perjalanan trip korang akan jadi :

*Naik flight ke Tawau.
*Sampai di airport , akan ada orang pick up dan bawa ke Semporna. Perjalanan lebih kurang  45minit ke 1 jam. Boat ke Pulau Mabul dari Semporna ada 2 trip je sehari. Pukul 7.30pagi dengan 4.30petang. So kalau korang sampai lambat kena stay 1 malam dekat Semporna. Ada satu nama chalet tu Dragon Inn x silap. Please google k :)
* Naik speed boat dari Semporna ke Pulau Mabul lebih kurang 45minit jugak. So better makan ubat mabuk laut dulu, Kang buat spoil je holiday korang .
* Then sampai-sampai boleh check in , boleh join lah nak snorkeling ke apa. Please refer dengan boat man sebab lupa apa aktiviti hari 1st. Hari kedua baru pergi snorkeling dekat Kapalai.  Yang ni bayar. Free snorkeling dekat Pulau Mabul je.Korang boleh join abang-abang diver tu pergi jalan-jalan dekat kampung belakang jugak.
*Check out awal tau pukul 8pagi or 10pagi .Then boat pon dalam pukul 11 pagi.  So make sure flight korang tu tak yah lah malam sangat kang lama pulak nak tunggu dekat airport. Yang ini memang kena refer balik dengan orang pulau boat keluar pukul berapa k.

Rasanya cukup lah sampai di sini entry kali ini. Hope membantu dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan cadangan. Kalau ada soalan, mungkin boleh direct email di iffa@bttuneholidays.com .
Plus kita kerja dekat travel agent, boleh direct booking dengan kita jugak *Promote jap :D

Sorry kalau tak berapa friendly. hihi.

Selamat bercuti uols!

Photo taken in Langkawi







1 comment:

~NuRuL NaDs DiErA~ said...

cam bes je cam bes je..hehe